Skip to content

PERIHAL


UNITED SABAH ISLAMIC ASSOCIATION (USIA)

USIA singkatan United Sabah Islamic Association atau Persatuan Islam Seluruh Sabah adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan,  yang pada dasarnya ditubuhkan  sebagai wadah bagi rakyat Negeri Sabah berkecimpung  dalam Badan yang berperanan untuk mengangkat mertabat umat dan agama Islam sebagai agama rasmi Negeri Sabah.   Sesuai dengan langkah itu USIA  telah melaksanakan banyak program dalam ruang lingkup yang menyeluruh iaitu dalam bidang Dakwah Islamiah, Projek- projek menjana peryertaan  Umat Islam di bidang Ekonomi,  Pertanian , Pelajaran dan lain-lain.  USIA telaha diasaskan penubuhannya 40 tahun yang lalu oleh Bapa Kemerdekaan Sabah YABhg. Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun dan adalah Yang Dipertua USIA yang pertama.  USIA  ada mempunyai Bahagian-bahagian dan Cawangannya di peringkat daerah di seluruh Negeri Sabah dan ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat iaitu golongan Pemimpin, Intelek, Professional, Teknokrat, Pegawai-pegawai Kerajaan, Ahli-ahli Perniagaan dan juga Buruh, Petani serta Nelayan.

USIA hari ini muncul dengan wajah baru sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islami yang  prominen  dalam dakwah kontemprorernya,  serta komintmen dalam sektor prekonomian dan menjana penyertaan  bumiputera Islam di Sabah.  Mekanisma kepimpinan USIA yang ada sekarang  telah banyak membawa kepada kemajuan dan  perubahan-perubahan menjadikannya tetap relevan.

PERUTUSAN YANG DIPERTUA USIA


Assalamu`alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Saya mengucapkan terima kasih kepada USIA Bahagian Semporna yang memberikan kesempatan dalam ruang ini  kepada Saya untuk menyampaikan kata-kata aluan sekaligus  Saya ingin mengucapkan tahniah kepada USIA Semporna yang telah berhasil mengadakan Laman media alternatif seperti ini yang saya percaya akan dapat menyumbang sedikit sebanyak terhadap kemajuan Dakwah Islamiah yang dianjurkan USIA.  Pemilihan media alternatif  ini telah meluas pengunaannya dalam masyarakat Malaysia hari ini dan langkah ini bolehlah dikatakan satu anjakan pradigma oleh USIA Semporna.  Keberhasilan internet sebagai media alternatif sebenarnya banyak memberi sumbangan yang berguna kepada masyarakat yang berfikir secara positif walaupun tidak dapat dinafikan adakalanya ia disalahgunakan oleh segelintir daripada anggota masyarakat kita.  Dalam hal ini Saya suka menasihatkan supaya mempergunakan Laman  ini sebaik mungkin untuk menyiarkan dakwah atau tulisan-tulisan yang dapat memberikan kesedaran dan kemajuan berfikir kepada masyarakat di Negeri kita secara umumnya dan khususnya kepada Umat yang berpegang kepada Ajaran Islam.

Dalam Kita berkarya  jangan sekali-kali lupa dan membelakangkan ` Akhlak budi ` atau etika dalam menyampaikan apa-apa juga bentuk tulisan yang sudah semestinya menjurus kepada Dakwah Islamiah untuk merangsang minda ummah dengan merujuk kepada  Sumber Aslinya,  Ilmu yang benar-benar datang dari Ajaran Agama Islam yang suci yakni Al Qur`an dan Hadith Nabi Muhammad SAW,  cubalah elakkan  jangan sampai  menjadi pertikaian dari segi kesahihannya yang sudah pasti akan mendatangkan kemudharatan dan menimbulkan perkara yang boleh menyebabkan perselisihan antara sesama Umat Islam,  jangan sekali-kali menimbulkan apa-apa perkara yang bertentangan dengan Peraturan Agama mahupun Negara dan hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada dari masa ke masa dalam segala hal.

Saya yakin USIA Semporna boleh mencapai apa yang dicita-citakannya dan berhasil dalam usaha ini dengan menanamkan niat yang ikhlas  semata-mata untuk kemaslahatan Umat islam sama ada di peringkat Daerah  mahupun Negeri  dan seterusnya.   Akhirnya Saya doakan terhadap kejayaan dan kesejahteraan seluruh keluarga USIA bagi setiap usaha murni untuk meninggikan syiar Agama Islam dengan izin Allah Yang Maha Esa.

Wabillahi Taufiq wal hidayah wassalamu alai`kum warahmatullah.

Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran Bin Dandai



%d bloggers like this: