Skip to content

Memberi pendidikan agama kepada anak-anak …!

27 November 2009

Memberi pendidikan agama kepada anak-anak dengan sebaik-baiknya  adalah antara yang disarankan melalui Khutbah Aidil-adha yang disampaikan oleh Imam di Masjid Inabah Kamal Semporna. Anak-anak adalah permata dan mewarisi pimpinan ummah dan  meneruskan kesinambungan generasi yang ada, dan keperluan kepada didikan agama secara sempurna adalah aspek utama dalam agenda kehidupan kita supaya nanti tidak meninggalkan keturunan yang lemah yang tidak berupaya dan mampu  membela keturunan, bangsa , agama dan negara.  Inilah yang pernah dimotivasikan oleh Nabi Ibrahim a.s. kepada umat sesudah baginda yang dikhabarkan  melalui firman-firman Allah SWT.

Sebagai bapa sudah semestinya memainkan peranan untuk menjaga setiap kebajikan dalam keluarganya, bapa adalah paksi kepada keutuhan dalam institusi keluarga dan tugasnya memberikan bimbingan dan contoh terbaik kepada anak-anak dan ahli keluarga.  Ada 3 jenis bapa iaitu (1) bapa yang ekstreme, yang terlalu garang sehingga hilang rasa kasih sayang dalam keluarga (2) bapa yang gagal, yang sanggup membiarkan anak-anak dan keluarga derhaka kepada Allah (3) bapa yang penyayang, yang memberi perhatian sepenuhnay terhadap keluarganya sebagaimana dilakukan Rasulullah yang pernah bersabda  ” Orang yang terbaik itu ialah yang berbuat kebaikan terhadap keluarganya, dan Aku adalah terbaik kerana berbuat kebaikan kepada keluargaku “.

Apabila mati anak Adam maka terputuslah segala amalnya kecuali 3 perkara (1) Sedakah Jariahnya (2) Ilmunya yang dimanfaatkan (3) Anak yang soleh dan mendoakannya, jadi anak-anak mesti diberikan galakan supaya mendoakan Ibubapa lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah meninggal dunia, akan tetapi semua itu tidak akan jadi kenyataan kalau tidak dari sekarang kita berikan pendidikan agama yang secukupnya sampai boleh memberi kesedaran terhadap betapa pentingnya kehidupan Islami yang menjamin bukan sahaja kebahagian di dunia bahkan sampai ke akhirat.

Dalam satu kajian lebih sedekad yang lalu oleh universiti-universiti di Malaysaia, terdapat di kalangan siswa dan siswazah yang sudah tidak tahu lagi membaca Qur`an sedangkan Qur`an adalah pokok dari semua dari semua yang diajarkan Islam, kalau itu yang terjadi kepada golongan yang dianggap sebagai harapan bangsa dan agama yang mengikuti pengajian tinggi, bagaimana halnya dengan anak-anak yang masih di sekolah rendah dan menengah? Kita percaya pihak berkuasa dalam Kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya.. alhamdulillah.

Apa yang dapat kita saksikan hari ini ialah betapa golongan muda yang masih menghormati golongan yang lebih tua telah amat berkurangan. Kalau diperhatikan ada beberapa sebab ianya berlaku, tidak semata-mata orang muda yang patut disalahkan tetapi juag kegagalan kita untuk menyalurkan kasih sayang serta didikan yang mengarah kepada kebaikan ” ya` muruna bil ma`ruf wayanha anil mungkar ” Faktor yang amat ketara ialah pengabaian terhadap nilai-nilai murni Agama, mengenepikan soal-soal yang pokok dalam perlaksanaan Hukum-hukum Allah, Kejahilan yang menyelimuti segelintir ummah dan menjadikan Agama itu sebagai budaya sahaja bukan cara hidup yang sewajarnya.

Ancaman terhadap umat Islam hari ini bukan lagi datang dari luar Islam tetapi dari dalam Islam itu sendiri, umat Islam bertelagah sesama sendiri hanya mahu menegakkan sesuatu perkara yang bukan menjadi soal yang pokok, masing-masing mahu menegak fahaman atau pembawaannya sehingga terjadi pulau memulau, singkir menyingkir di dalam masyarakat Islam itu sendiri. Ini yang merugikan umat Islam kerana kesempatan selalu diambil oleh musuh-musuh Islam untuk menjatuhkannya, misalnya sudah ada gerakan di dalam masyarakat kita di Malaysia kepada pengkristian umat Islam yang berlaku secara senyap dan strategik sehingga kita tidak merasa sama sekali akan adanya perkara itu.

Tidak ada cara lain yang dapat menangkis itu semua melainkan kembali kepada ajaran Islam yang hakiki yang bersumber kepada Qur`an dan Sunnah Nabi. Penekanan terhadap pembelajaran agama yang dibuat secara intensif dengan memfokuskan kepada pengajian Tauhid dan pemurnian Aqidah, itulah sahaja yang dapat menyelamatkan ummah. Tiada Tuhan selain Allah yang wajib disembah dan tiada kuasa yang lebih perkasa selain daripada kuasa Allah, manusia mestilah tunduk kepada kententuan-ketentuan yang ditetapkan Allah dalam agamaNYA,

Hari ini adalah Hari Raya aidil-adha, umat Islam di seluruh pelusuk dunia merayakannya tidak terkecuali di Negara kita Malaysia.  Lebih 1,000 orang umat Islam di sekitar pekan Semporna telah menunaikan solat berjemaah aidil-adha di Masjid Inabah Kamal Semporna, antara yang ada bersama ialah Ybhg. Datuk Haji Sapari Haji Amir Ketua USIA Bahagian Semporna dan Haji Abdul Rahman Tun Haji Sakaran, Pengerusi Masjid Inabah Kamal yang juga Pengerusi Yayasan Sabdi.

Gambar-gambar Hari Raya Aidil-adha Masjid Inabah Kamal Semporna:

Ybhg. Datuk Sapari Hj Amir (2 dari kanan) Hj Abdul Rahman Tun Sakaran (paling kanan) Imam Haj Lagayan (paling kiri)

Hj Abdul Rahman Pengerusi Masjid Inabah Kamal (paling kanan) Datuk Hj Sapari dan Ustaz Johari Kimpi (depan paling kiri)

Imam Ahmad Hj Anjau menyampaikan Khutbah Aidil-adaha

Gambar koleksi Solat Aidil-adha Masjid Inabah Kamal Semporna

Jurugambar :  Abdul Rahman bandahala

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: