Skip to content

Perhimpunan Agung Tahunan USIA Ke 23

17 November 2009

Intisari Pembahasan Ucapan Dasar Yang Dipertua oleh wakil USIA Semporna.

Ahmad Anjau

Assalamu`alaikum wa rahmatullah… Bismillahi wal hamdu lillahi wa syukru lillah.  Wa nusolli wa nusollim wa barik ala hadzan nabiyil karim, wa ala alihi wa sahbihi wa sallim tasliman katsira

Firman Allah maksudnya:dan hendaklah tiap-tiap diri itu mencermati terhadap apa yang telah disediakan daripada amal-amalnya  untuk hari esok.”  surah al-hasyr ayat 18.

Mengambil tempat sebagai penyambung lidah Perwakilan USIA Bahagian Semporna yang tidak dapat menghadirkan Pemidato Utamanya dalam perbahasan Ucapan Dasar Yang Dipertua, bermakna sebagai pengganti tepatlah kata pepatah melayu ” Tiada Rotan agar pun berguna “.  begitulah status saya bercakap di hadapan para perwakilan dari seluruh Negeri Sabah.

Apa yang penting dan menjadi  hasrat utama USIA Bahagian Semporna ialah semata-mata untuk menyuarakan rasa  terima kasih dan ucapan tahniah kepada Yabhg. Tun Yang Dipertua kerana telah dipilih semula tanpa bertanding untuk terus menerajui pimpinan USIA bagi satu tempoh 2009-2012,  begitu juga kepada Timbalan-Timbalan Yang Dipertua dan Naib-Naib Yang Dipertua yang juga turut menyertai Yabhg.  Tun Yang Dipertua menang tanpa bertanding, dan saterusnya kepada Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang menang dalam Pemilihan yang diadakan.  USIA Bahagian Semporna yakin dengan barisan kepimpinan USIA Pusat yang ada sekarang mampu melaksanakan tanggung jawabnya justeru menyokong kepimpinan yang ada sekarang tanpa ada prejudis.

Melanjutkan ucapan saya, bukanlah mahu turut berpartisipasi dalam kancah perdebatan,  cuma merasakan ada keperluannya untuk menyampaikan sekadar  mengongsi idea sebagai percambahan fikiran.  USIA sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO),  yang punya objektib untuk memertabatkan integriti umat Islam di Negeri Sabah, sangatlah diharapkan oleh semua ahli dan semua pihak untuk terus berperanan sebagai katalis memajukan Umat Islam supaya mencapai mertabat unggul dan berjalan di landasan lurus seperti yang ditunjukkan oleh Pembawa Risalah Tuhan Nabi Muhammad SAW,  dan tidak akan mengecewakan ahli dan para perwakilan yang telah banyak meluahkan keluhan berdasarkan rasa kerihatinan mereka terhadap USIA yang mahu melihatnya menjadi sebuah Organisasi yang unggul dan berjaya dalam objektib dan  matalamatnya untuk kemaslahatan umat  Islam di seluruh  Negeri Sabah terutama di bidang socio-ekonomi, disamping memupuk nilai-nilai murni aqidah Islam yang secara langsung dapat meningkatkan ketaqwaan melalui dakwah yang berpaksi kepada ajaran yang bersumberkan wahyu.

Mengikut pengamatan kami, Dakwah kontemprorer yang giat dilaksanakan oleh badan-badan dakwah di Sabah yang bukan sahaja oleh USIA bahkan organisasi-organisasi dan Istitusi-institusi lain, lebih tertumpu sasarannya kepada masyarakat atau komuniti urban dan sub-urban dan sedikit yang menjurus kepada Komuniti akar umbi,  justeru itu kami menyarankan supaya USIA mengambil langkah memperluaskan ruang lingkup dakwahnya dan memfokus kepada komuniti luarbandar serta perdesaan dan pedalaman yang sebilangan besar daripada mereka masih ketinggalan dan jahil dalam pegetahuan Agama Islam yang secukupnya disebabkan masalah komunikasi dan seumpamanya menyebabkan mereka ketinggalan untuk mendapat informasi dakwah yang diperlukan, fenomena  ini terkadang juga oleh kita terlepas pandang.

Bercakap tentang blog,  blog adalah media alternatif zaman ini.  Budaya blog telah semakin hari semakin luas dan besar pengaruhnya dan seakan-akan tidak dapat dibendung lagi.  Kebanyakan blogger adalah terdiri daripada golongan  intelelek dan apa yang mereka sampaikan cepat diterima masyarakat kerana status mereka.  Kita harus menerima kenyataan bahawa kita sedang berada dalam zaman cyber dari ketamaddun angkasa seperti kata Alvin Tofler seorang penulis barat yang mengkategorikan tamaddun kepada tiga iaitu Tamaddun Kuno, Tamaddun Moden dan sekarang Tamaddun Angkasa dalam Bukunya Three Waves.   Sungguh pun berdiam diri diri itu tidak bererti mengalah tetapi USIA harus bangkit dan tidak harus membiarkannya dan tunduk kepada mereka, USIA juga harus menyediakan Laman Web nya sendiri yang melaluinya kelak dapat disampaikan  informasi-informasi tentang hal keadaan yang sebenar dan terkini,  supaya masyarakat memperoleh maklumat yang tepat dan menghilangkan prejudis dan rasa keraguan mereka.  Ini sahajalah caranya untuk kita menaikkan nama dan imej USIA kepada masyarakat sebagai jawapan kepada  mereka  yang merendah-rendahkan kewibawaan USIA dan melaluinya juga kita boleh mengajak anggota masyarakat Islam untuk berkongsi idea dan bercambah fikiran.  Dakwah Islam juga dapat disampaikan melaluinya dan mengajak mereka kepada cara berfikiran pragmatik dan berpandangan luas tentang Islam secara total.

Akhirnya kita renungi kembali Firman Allah yang maksudnya ” Dan hendaklah tiap-tiap diri itu mencermati terhadap apa yang telah disediakan daripada amal-amalnya untuk hari esok ” .

Wabillahi Taufiq wal hidayah, wassalamu `alaikum wa rahmatullah……

Perhimpunan Agung Tahun USIA ke 23 di Ball Room 1 Borneo telah dirasmikan oleh YABhg, Tun Dr. Mahathir Mohammad Mantan Perdana Menteri, Presiden PERKIM

Perwakilan USIA Semporna yang diketuai Ybhg. Datuk Sapari Haji Amir dan kelihatan juga kelihatan sebahagian Perwakilan dari seluruh Sabah

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: