Skip to content

Pemurnian Aqidah usaha berterusan

8 December 2009

Resolusi Kursus Pemurnian Aqidah Imam-Imam Kariah dan Rawatib Semporna

Pemurnian Aqidah adalah usaha kontinu dan  berterusan  yang semestinya dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh setiap individu muslim mahupun muslimat kerana bahayanya Syirik  (menyukutukan Allah dengan sesuatu yang baharu)  itu,  kelak tidak akan mendapat  keampunan daripada Allah swt sebab dosa yang sebesar-besarnya yang  tidak diampuni  Allah ialah apabila  sesaorang hamba menjadi Syirik terhadapNya.  …..na udzu billahi min dzalik.   Islam sebagai agama samawi  yang berteraskan  kepada Tauhid   (mengesakan Allah)  banyak  memberi penekanan terhadap kemurnian aqidah  itu  sendiri melalui petunjuk-petunjuk  berpaksi kepada Risalah wahyu  yang dibawakan kepada Rasulullah untuk disampaikan,  sementara Hadith  Nabi pula berfungsi sebagai  tarbiah menterjemahnya  dalam  kehidupan realiti  manusia yang bertaqwa kepada NYA dan bersabda Rasulullah saw sebagai manifesto memperkuatkannya:

اَلـمَعْرِفَةٌ بِقَـلْبِي وَقَـولٌ بِالِّـيْسَنِي وَاَعْـمَلٌ بِالأَرْقَـانِ

Daripada Saidina Ali Abi Talib karamullahu wajha mafhumnya :  Makrifat itu letaknya di hati (qalbu), dan diucapkan dengan lisan dan diterjemahkan dalam bentuk perbuatan (amalan).

Yang namanya taqwa itu tidak cukup sekadar bacaan atau dengan ucapan lisan sahaja,  ia hendaklah dapat diterjemahkan dalam perbuatan dan bagaimana pula  bentuk rupa perbuatannnya?  Tidak lain daripada melaksanakan apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi pula segala apa yang menjadi larangan Nya termasuklah syirik terhadap Nya.

Rasulullah juga pernah bersabda  :

جـدو ايمانكم بكـثرت قـول لأ الـه الأ اللَّـه

mafhumnya :   Perbaharui Iman kamu dengan membanyakkan ucapan La Ilaha Illallah.

Dengan mengucapankan  se ikhlas-ikhlasnya (ucapan dengan lisan yang disertai penghayatan yang datang dari lulbuk hati nurani) akan kalimat itu nescaya terhindarlah kita daripada gejala-gejala yang boleh menjadikan  syirik terhadap Allah,  samada syirik itu  syirik jali atau syirik yang terang-terangan sehingga terkeluar dari  Islam ataupun  syirik khofi , syirik yang tersembunyi  di hati walaupun tidak nyata tapi menggugat keimanan terhadap Allah swt,  dan ini landasan utama daripada jalan-jalannya ke arah permurnian Aqidah.   Allah berfirman di dalam Al-Qur`an surah Ibrahim ayat 24 dan 25:

أَلَـمْ تَـرَ كَـيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا كَلِـمَةً طَيِّبَـةً كَـشَجَرَةٍ طَيِّبَـةٍ أَصْلُـهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُـهَا فِي الـسَّمَاءِ.  تُؤْتـِي أُكُلَـهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِـّهَا وَيَـضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَـالَ لِلـنَّاسِ لـَعَلَّهُمْ يَتَـذَكَّـرُونَ .

maksudnyaTidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik (Kalimah La ilaha illallah)  adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.  Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka mengingat (mendapat pelajaran).

Ada tamsil dan pelajaran yang boleh kita ambil daripada ayat itu sebagai gambaran tentang kuatnya pegangan aqidah dan keimanan seumpama pangkal pokok yang akar tunjangnya mencengkam bumi dengan teguhnya sehingga tidak mudah untuk ditumbangkan dan cabang pucuknya yang mencapai langit yang memotivasikan ketinggian cita-cita untuk mengabdi dan berkhidmat kepada Allah semantara berbuahnya sepanjang bermusim pula membawa pengertian kepada manusia yang seharusnya menjadi orang yang memberikan manfaat tidak semata-mata bagi dirinya sendiri tetapi juga kepada masyarakat yang ada di sekelilingnya, sesuai dengan tujuan Allah menciptakannya. Firman Nya dalam Qur`an surah ad-dzariah ayat 56 :

وَمَا خَلـَقْـتُ الْـجِنَّ وَالإنْـسَ إِلا لِـيَعْـبُدُونِ

maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Di dalam surah al-baqarah ayat 208 Allah berfirman lagi :

يَـا أَيُّهَـا الّـَذِينَ آمـَنُوا ادْخُلُـوا فِي الـسِّلْـمِ كَافَّةً وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الـشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِيـنٌ

maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.

Syaitan dan mahluk sejenisnya adalah peyebab kepada manusia itu mengengkari perintah-perintah Allah dan Allah telah memberinya kategori sebagai musuh yang utama kepada manusia, pintar dan bijaknya Iblis dan syaitan jenis sama sampaikan boleh masuk menyelinap ke dalam hati manusia, bujukannya mempersonakan, janji-janjinya meyakinkan, tapi bisanya melumpuhkan saraf sehingga manusia tidak berdaya akhirnya rosaklah iman dan aqidah sedang amalnya terus menerus derhaka dan lupa kepada Allah yang mencipta dan memberikan segala nikmat kehidupan pada manusia, nafsu sebagai tempat bersemanyamnya menjadi penguasa di hatinya. Sebagai lanjutan kepada peringatan Allah kepada manusia agar jangan lalai dan lupa, Allah berfirman surah az-zukhruf ayat 36:

وَمَنْ يَعـْشُ عَنْ ذكْرِ الـرَّحْمـَنِ نُقَـيِّضْ لَهُ شَـيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَـرِينٌ

maksudnya Dan sesiapa  berpaling daripada mengingat Yang Maha Rahman (tidak mengindahkan pengajaran Al-Quran Yang diturunkan oleh Allah), Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.


Amalan khurafat:

Khurafat adalah amalan yang dapat merusakkan aqidah,  kepercayaan yang banyak bersandar kepada kepercayaan-kepercayaan animisma tidak ada dasarnya dalam Agama Islam seperti mempercayai adanya kuasa pada kubur atau individu memilik kuasa ghaib dari pertolongan orang halus, boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dan menyelesaikan banyak perkara. Selalu ini yang selalu menjadi modal kepada para dukun atau bomoh yang pandai memainkan kata-kata seolah-olah pendakwah agama. Orang awam yang tidak dibekalkan dengan petunjuk Agama secukupnya akan dengan mudah percaya kerana tidak mengenal antara mana karamah dengan syihir permainan manusia dan akhirnya terjebak dalam delima sehingga merusakkan aqidah.

Memang bukan mudah untuk membasmi khurafat sebab ialah telah berakar umbi dalam masyarakat, ia tidak akan dapat dibasmi selagi ada yang mempercayai.  Masyarakat setempat  berkurun lamanya mengamalkan sehngga membudaya yang ertinya satu kewajipan untuk melaksanakanya istilahnya ` Biar mati anak jangan mati adat ` nilai-nilai agama hanya merupakan tempelan kepada upacara-upacara seumapamanya,  jadilah kelihatannya sebagai suatu upacara agama yang pada namanya Islami padahal penuh dengan hal-hal yang khurafat. Ini lah delima yang dari dahulu sampai ke saat ini masih dalam pertikaian.

Imam-Imam sebagai pemuka dalam masyarakat yang menjadi tempat rujukan orang-orang di persekitarannya, berkewajiban menjelaskan kepada masyarakat dalam perkara-perkara permurnian aqidah dan gejala-gejala yang boleh mencemar dan merusakkannya. Kursus Permurnian Aqidah anjuran JHEAINS hendaklah dijadikan landasan untuk memupuk nilai-nilai murni ajaran Islam dan menyebarkannya kepada masyarakat supaya lebih mengenali secara hakiki apa yang dikehendaki dalam penghayatan Islam secara total. Landasan ini sekaligus akan menolak pandangan negative terhadap apa yang diajarkan dalam Islam. Keperluan kepada usaha secara kolektif para Imam adalah sesuatu yang patut menjadi keutamaan kerana Masyarakat Islam hari ini bukan lagi berhadapan musuh luaran melainkan musuh dalam Islam sendiri atau musuh dalam diri sendiri iaitu Kejahilan. Kejahilan adalah perkara yang setiap umat Islam perlu tangani kerana ia boleh menyebabkan penyelewengan terhadap bukan sahaja aqidah malah kesesatan nyata.

Sama-samalah kita memikirnya….

Wallau a`lam

Gambar-gambar Kursus Pemurnian Aqidah para Imam Kariah dan Rawatib di Masjid Ar-Rahman Semporna pada 1 Disember 2009 :

YB. Datuk Haji Nasir tun Sakaran Menteri di Jabatan Ketua Menteri menjadi Tetamu Kehormat dan merasmikan Penutupan Kursus

YB. Datuk Nasir Tun Sakaran berucap

Sebahgian Pesrta Kursus Pemurnian Aqidah yang terdiri daripada Imam Kariah dan Imam Rawatib Daerah Semporna

Ustaz Awaluddin dari JHEAINS K.K menyampaikan ceramah

Ustaz Hj Borhansyah menyampai ceramah

Forum Perdana Kursus Pemurnian Aqidah

Memberi pendidikan agama kepada anak-anak …!

27 November 2009

Memberi pendidikan agama kepada anak-anak dengan sebaik-baiknya  adalah antara yang disarankan melalui Khutbah Aidil-adha yang disampaikan oleh Imam di Masjid Inabah Kamal Semporna. Anak-anak adalah permata dan mewarisi pimpinan ummah dan  meneruskan kesinambungan generasi yang ada, dan keperluan kepada didikan agama secara sempurna adalah aspek utama dalam agenda kehidupan kita supaya nanti tidak meninggalkan keturunan yang lemah yang tidak berupaya dan mampu  membela keturunan, bangsa , agama dan negara.  Inilah yang pernah dimotivasikan oleh Nabi Ibrahim a.s. kepada umat sesudah baginda yang dikhabarkan  melalui firman-firman Allah SWT.

Sebagai bapa sudah semestinya memainkan peranan untuk menjaga setiap kebajikan dalam keluarganya, bapa adalah paksi kepada keutuhan dalam institusi keluarga dan tugasnya memberikan bimbingan dan contoh terbaik kepada anak-anak dan ahli keluarga.  Ada 3 jenis bapa iaitu (1) bapa yang ekstreme, yang terlalu garang sehingga hilang rasa kasih sayang dalam keluarga (2) bapa yang gagal, yang sanggup membiarkan anak-anak dan keluarga derhaka kepada Allah (3) bapa yang penyayang, yang memberi perhatian sepenuhnay terhadap keluarganya sebagaimana dilakukan Rasulullah yang pernah bersabda  ” Orang yang terbaik itu ialah yang berbuat kebaikan terhadap keluarganya, dan Aku adalah terbaik kerana berbuat kebaikan kepada keluargaku “.

Apabila mati anak Adam maka terputuslah segala amalnya kecuali 3 perkara (1) Sedakah Jariahnya (2) Ilmunya yang dimanfaatkan (3) Anak yang soleh dan mendoakannya, jadi anak-anak mesti diberikan galakan supaya mendoakan Ibubapa lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah meninggal dunia, akan tetapi semua itu tidak akan jadi kenyataan kalau tidak dari sekarang kita berikan pendidikan agama yang secukupnya sampai boleh memberi kesedaran terhadap betapa pentingnya kehidupan Islami yang menjamin bukan sahaja kebahagian di dunia bahkan sampai ke akhirat.

Dalam satu kajian lebih sedekad yang lalu oleh universiti-universiti di Malaysaia, terdapat di kalangan siswa dan siswazah yang sudah tidak tahu lagi membaca Qur`an sedangkan Qur`an adalah pokok dari semua dari semua yang diajarkan Islam, kalau itu yang terjadi kepada golongan yang dianggap sebagai harapan bangsa dan agama yang mengikuti pengajian tinggi, bagaimana halnya dengan anak-anak yang masih di sekolah rendah dan menengah? Kita percaya pihak berkuasa dalam Kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya.. alhamdulillah.

Apa yang dapat kita saksikan hari ini ialah betapa golongan muda yang masih menghormati golongan yang lebih tua telah amat berkurangan. Kalau diperhatikan ada beberapa sebab ianya berlaku, tidak semata-mata orang muda yang patut disalahkan tetapi juag kegagalan kita untuk menyalurkan kasih sayang serta didikan yang mengarah kepada kebaikan ” ya` muruna bil ma`ruf wayanha anil mungkar ” Faktor yang amat ketara ialah pengabaian terhadap nilai-nilai murni Agama, mengenepikan soal-soal yang pokok dalam perlaksanaan Hukum-hukum Allah, Kejahilan yang menyelimuti segelintir ummah dan menjadikan Agama itu sebagai budaya sahaja bukan cara hidup yang sewajarnya.

Ancaman terhadap umat Islam hari ini bukan lagi datang dari luar Islam tetapi dari dalam Islam itu sendiri, umat Islam bertelagah sesama sendiri hanya mahu menegakkan sesuatu perkara yang bukan menjadi soal yang pokok, masing-masing mahu menegak fahaman atau pembawaannya sehingga terjadi pulau memulau, singkir menyingkir di dalam masyarakat Islam itu sendiri. Ini yang merugikan umat Islam kerana kesempatan selalu diambil oleh musuh-musuh Islam untuk menjatuhkannya, misalnya sudah ada gerakan di dalam masyarakat kita di Malaysia kepada pengkristian umat Islam yang berlaku secara senyap dan strategik sehingga kita tidak merasa sama sekali akan adanya perkara itu.

Tidak ada cara lain yang dapat menangkis itu semua melainkan kembali kepada ajaran Islam yang hakiki yang bersumber kepada Qur`an dan Sunnah Nabi. Penekanan terhadap pembelajaran agama yang dibuat secara intensif dengan memfokuskan kepada pengajian Tauhid dan pemurnian Aqidah, itulah sahaja yang dapat menyelamatkan ummah. Tiada Tuhan selain Allah yang wajib disembah dan tiada kuasa yang lebih perkasa selain daripada kuasa Allah, manusia mestilah tunduk kepada kententuan-ketentuan yang ditetapkan Allah dalam agamaNYA,

Hari ini adalah Hari Raya aidil-adha, umat Islam di seluruh pelusuk dunia merayakannya tidak terkecuali di Negara kita Malaysia.  Lebih 1,000 orang umat Islam di sekitar pekan Semporna telah menunaikan solat berjemaah aidil-adha di Masjid Inabah Kamal Semporna, antara yang ada bersama ialah Ybhg. Datuk Haji Sapari Haji Amir Ketua USIA Bahagian Semporna dan Haji Abdul Rahman Tun Haji Sakaran, Pengerusi Masjid Inabah Kamal yang juga Pengerusi Yayasan Sabdi.

Gambar-gambar Hari Raya Aidil-adha Masjid Inabah Kamal Semporna:

Ybhg. Datuk Sapari Hj Amir (2 dari kanan) Hj Abdul Rahman Tun Sakaran (paling kanan) Imam Haj Lagayan (paling kiri)

Hj Abdul Rahman Pengerusi Masjid Inabah Kamal (paling kanan) Datuk Hj Sapari dan Ustaz Johari Kimpi (depan paling kiri)

Imam Ahmad Hj Anjau menyampaikan Khutbah Aidil-adaha

Gambar koleksi Solat Aidil-adha Masjid Inabah Kamal Semporna

Jurugambar :  Abdul Rahman bandahala

Aidil-adha membawa semangat Korban….

22 November 2009

Hari Raya aidil-adha adalah hari besar bagi Umat Islam yang dirayakan sekali dalam setahun sebagaimana Hari Raya aidil-fitri.  Pada Hari Raya aidil-adha ini dilaksanakan  Solat Sunat aidil-adha selepas hari wukof 9 Zulhijjah,   masa para Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafat sebagai gambaran Padang Mahsyar di mana berhimpunnya seluruh umat manusia untuk dihisab segala amalnya.

Bagi masyarakat setempat Hari Raya aidil-adha atau Hari Raya Korban ini kurang meriah sambutannya berbanding sambutan Hari Raya aidil-fitri,  sedangkan kalau diambilkira dari segi tuntutan hukum Islam, sambutan Hari Raya aidil-adha  sepatutnya lebih besar sambutannya kerana ia membawa semangat korban dan ibadah korban itu pula hukumnya sunat yang sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan melaksanakannya dalamasa 3 hari selepas daripada selesai melaksanakan solat aidil-adha sehingga jatuhnya waktu asar pada Hari Tasyrik iaitu 13 Zulhijjah.

Setiap kali datang Hari Raya Korban, teringatlah kita kembali kepada kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai orang yang melakukan korban yang sangat luarbiasa, satelah mendapat perintah Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. melalui mimpi baginda.  Sebagai orang biasa kita dapat membayangkan bagaimana perasaannya, Namun bagi Nabi Ibrahim perintah Allah ini tidak sama sekali diengkari dan baginda akur dengan ketentuan dari ilahi walaupun Iblis cuba mempengaruhi sehingga Baginda melontarnya. Nabi Ismail sebagai anak yang tidak hanya taat kepada orang tuanya bahkan lebih mentaati akan perintah Allah, dengan senang hati menerima keputusan ayahnya dan redha untuk disembelih sebagaimana diperintahkan Allah.  Allah Yang Maha Rahman  Maha Mengetahui,  melihat semua kejadian itu sebagai tanda dari ketaatan Nabi Ibrahim terhadap perintahNya, maka  oleh Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu dengan izinNya telah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor Kibas untuk disembelih sebagai Korban, dan daripada peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu lah Ibadah Korban mengambil sempena.

Bagi kita umat Islam hari ini, sudah semestinya mengambil ittibar daripada peristiwa korban itu, bukan hanya kepada korban menyembelih haiwan ternakan sahaja malah lebih utama lagi bersedia untuk berkorban menyembelih sifat-sifat  kehaiwanan yang ada pada diri kita. Berkorban untuk meninggalkan apa yang menjadi kesenangan kepada kita misalnya berfoya-foya, mengumpulkan harta dengan tidak mengira halal haramnya, ditambah lagi dengan kesukaan mengadu domba, memfitnah serta mencaci, berhasad dengki dan banyak lagi,  itulah yang sepatutnya dikorbankan sebagai menyempurnakan ketaatan terhadap perintah-perintah Allah untuk menciptakan perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan seharian kita.

Pokok pangkal bagi semua itu adalah hati  manusia sendiri atau istilah yang paling sesuai ” Qalbu “.  Apabila  qalbu telah diselimuti kekotoran atau penyakit hati, segala kebaikan dan kebenaran tidak akan terlihat lagi yang akan ada padanya ria, takabbur, dendam kesumat yang akan memakan hatinya  itu sendiri. Hadith Rasulullah SAW yang sangat masyhur dan sentiasa jadi mainan kata dibibir sebagai hujjah bukan sahaja kepada para Daie bahkan orang awam  juga, bahawa Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya ” Pada diri anak Adam itu ada seketul daging yang jika keadaan daging itu baik akan baiklah keseluruhan dirinya dan jika keadaan daging itu rusak akan rusaklah keseluruhan dirinya. Ketahuilah seketul daging itu ialah hati (qalbu) “.

Maknanya qalbu yang ada padanya sifat-sifat keruhanian yang dititipkan Allah,  adalah komponen diri yang sangat bernilai dan letaknya pandangan Allah terhadap manusia, ia umpama cermin yang bersih dan berkilau yang akan menerima pantulan cahaya sebagaimana cahaya itu adanya begitu juga sebaliknya kalau cermin itu kotor sudah tentu ia tidak akan berhasil menerima pantulan cahaya itu sepertimana yang dikehendaki.  Ingatlah setiap segala sesuatu itu ada alat pencucinya, begitu juga dengan qalbu itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya ” Setiap sesuatu ada alat pencucinya dan pencuci qalbu adalah dzikrullah ” ,   jelas sudah bahawa dzikrullah atau mengingat Allah itu keperluan yang utama kepada manusia kenapa tidak,  Allah yang telah menciptakan manusia dengan segala kesempurnaan baik lahir bahupun bathin, sudah semestinya mendapat tempat yang paling utama di hati manusia sebagai menifestasi syukur  kepadanya atas  limpahan segala rahmat kepada manusia seluruhnya, bermula daripada kita masih lagi dalam kandungan  rahim ibu, kemudian  lahir ke dunia bahkan sampailah di akhirat pun, Allah masih terus dan tidak pernah putus rahmatnya kepada manusia.  Barang perlu diingat sehebat mana juga amal ibadah yang dilakukan oleh manusia terhadap Allah, tidak akan menambah walau sebesar debu kemuliaan dan keagungan yang ada pada Allah, begitu jugalah sebaliknya sejahat mana atau sekeji mana juga amal perbuatan manusia itu,  tidak akan menjejaskan atau mengurangi walau sebesar debu kemuliaan dan keagungan yang ada pada Allah,  bererti segala amal perbuatan manusia itu kembali kepada kepada dirinya juga.

Bersempena datangnya Hari Raya korban ini, marilah kita bermuhasabah diri dengan menanamkan sifat berkorban yang sangat mulia pada diri kita, kejayaan tidak akan dapat diraih dengan begitu mudah tanpa adanya pengorbanan. Korban ..berkorban …pengorbanan rangkaian yang tidak akan dapat dipisahkan kalau menghendaki kejayaan.

 

Akhirnya seluruh karyawan USIA Semporna ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil-adha kepada seluruh umat Islam khususnya warga Semporna  dan  di seluruh Negara bahkan seluruh dunia amnya dimana sahaja mereka berada. Saran kepada yang mempunyai kemampuan, laksanakanlah ibadah korban seboleh-bolehnya mudah-mudahan Allah menerima amal kita sebagai ibadah yang membuktikan ketaatan kepada Allah.

Sabda Rasulullah yang dirwayatkan oleh Ibnu Majah, Rasulullah bersabda maksudnya : ” Sesiapa yang mempunyai kemapuan sedangkan Dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah Dia mendekati tempat Solatku “

Sekian wallahu a`lam

Perhimpunan Agung Tahunan USIA Ke 23

17 November 2009

Intisari Pembahasan Ucapan Dasar Yang Dipertua oleh wakil USIA Semporna.

Ahmad Anjau

Assalamu`alaikum wa rahmatullah… Bismillahi wal hamdu lillahi wa syukru lillah.  Wa nusolli wa nusollim wa barik ala hadzan nabiyil karim, wa ala alihi wa sahbihi wa sallim tasliman katsira

Firman Allah maksudnya:dan hendaklah tiap-tiap diri itu mencermati terhadap apa yang telah disediakan daripada amal-amalnya  untuk hari esok.”  surah al-hasyr ayat 18.

Mengambil tempat sebagai penyambung lidah Perwakilan USIA Bahagian Semporna yang tidak dapat menghadirkan Pemidato Utamanya dalam perbahasan Ucapan Dasar Yang Dipertua, bermakna sebagai pengganti tepatlah kata pepatah melayu ” Tiada Rotan agar pun berguna “.  begitulah status saya bercakap di hadapan para perwakilan dari seluruh Negeri Sabah.

Apa yang penting dan menjadi  hasrat utama USIA Bahagian Semporna ialah semata-mata untuk menyuarakan rasa  terima kasih dan ucapan tahniah kepada Yabhg. Tun Yang Dipertua kerana telah dipilih semula tanpa bertanding untuk terus menerajui pimpinan USIA bagi satu tempoh 2009-2012,  begitu juga kepada Timbalan-Timbalan Yang Dipertua dan Naib-Naib Yang Dipertua yang juga turut menyertai Yabhg.  Tun Yang Dipertua menang tanpa bertanding, dan saterusnya kepada Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang menang dalam Pemilihan yang diadakan.  USIA Bahagian Semporna yakin dengan barisan kepimpinan USIA Pusat yang ada sekarang mampu melaksanakan tanggung jawabnya justeru menyokong kepimpinan yang ada sekarang tanpa ada prejudis.

Melanjutkan ucapan saya, bukanlah mahu turut berpartisipasi dalam kancah perdebatan,  cuma merasakan ada keperluannya untuk menyampaikan sekadar  mengongsi idea sebagai percambahan fikiran.  USIA sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO),  yang punya objektib untuk memertabatkan integriti umat Islam di Negeri Sabah, sangatlah diharapkan oleh semua ahli dan semua pihak untuk terus berperanan sebagai katalis memajukan Umat Islam supaya mencapai mertabat unggul dan berjalan di landasan lurus seperti yang ditunjukkan oleh Pembawa Risalah Tuhan Nabi Muhammad SAW,  dan tidak akan mengecewakan ahli dan para perwakilan yang telah banyak meluahkan keluhan berdasarkan rasa kerihatinan mereka terhadap USIA yang mahu melihatnya menjadi sebuah Organisasi yang unggul dan berjaya dalam objektib dan  matalamatnya untuk kemaslahatan umat  Islam di seluruh  Negeri Sabah terutama di bidang socio-ekonomi, disamping memupuk nilai-nilai murni aqidah Islam yang secara langsung dapat meningkatkan ketaqwaan melalui dakwah yang berpaksi kepada ajaran yang bersumberkan wahyu.

Mengikut pengamatan kami, Dakwah kontemprorer yang giat dilaksanakan oleh badan-badan dakwah di Sabah yang bukan sahaja oleh USIA bahkan organisasi-organisasi dan Istitusi-institusi lain, lebih tertumpu sasarannya kepada masyarakat atau komuniti urban dan sub-urban dan sedikit yang menjurus kepada Komuniti akar umbi,  justeru itu kami menyarankan supaya USIA mengambil langkah memperluaskan ruang lingkup dakwahnya dan memfokus kepada komuniti luarbandar serta perdesaan dan pedalaman yang sebilangan besar daripada mereka masih ketinggalan dan jahil dalam pegetahuan Agama Islam yang secukupnya disebabkan masalah komunikasi dan seumpamanya menyebabkan mereka ketinggalan untuk mendapat informasi dakwah yang diperlukan, fenomena  ini terkadang juga oleh kita terlepas pandang.

Bercakap tentang blog,  blog adalah media alternatif zaman ini.  Budaya blog telah semakin hari semakin luas dan besar pengaruhnya dan seakan-akan tidak dapat dibendung lagi.  Kebanyakan blogger adalah terdiri daripada golongan  intelelek dan apa yang mereka sampaikan cepat diterima masyarakat kerana status mereka.  Kita harus menerima kenyataan bahawa kita sedang berada dalam zaman cyber dari ketamaddun angkasa seperti kata Alvin Tofler seorang penulis barat yang mengkategorikan tamaddun kepada tiga iaitu Tamaddun Kuno, Tamaddun Moden dan sekarang Tamaddun Angkasa dalam Bukunya Three Waves.   Sungguh pun berdiam diri diri itu tidak bererti mengalah tetapi USIA harus bangkit dan tidak harus membiarkannya dan tunduk kepada mereka, USIA juga harus menyediakan Laman Web nya sendiri yang melaluinya kelak dapat disampaikan  informasi-informasi tentang hal keadaan yang sebenar dan terkini,  supaya masyarakat memperoleh maklumat yang tepat dan menghilangkan prejudis dan rasa keraguan mereka.  Ini sahajalah caranya untuk kita menaikkan nama dan imej USIA kepada masyarakat sebagai jawapan kepada  mereka  yang merendah-rendahkan kewibawaan USIA dan melaluinya juga kita boleh mengajak anggota masyarakat Islam untuk berkongsi idea dan bercambah fikiran.  Dakwah Islam juga dapat disampaikan melaluinya dan mengajak mereka kepada cara berfikiran pragmatik dan berpandangan luas tentang Islam secara total.

Akhirnya kita renungi kembali Firman Allah yang maksudnya ” Dan hendaklah tiap-tiap diri itu mencermati terhadap apa yang telah disediakan daripada amal-amalnya untuk hari esok ” .

Wabillahi Taufiq wal hidayah, wassalamu `alaikum wa rahmatullah……

Perhimpunan Agung Tahun USIA ke 23 di Ball Room 1 Borneo telah dirasmikan oleh YABhg, Tun Dr. Mahathir Mohammad Mantan Perdana Menteri, Presiden PERKIM

Perwakilan USIA Semporna yang diketuai Ybhg. Datuk Sapari Haji Amir dan kelihatan juga kelihatan sebahagian Perwakilan dari seluruh Sabah

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.